Assalamualaikum wbt..
Buat pertama kalinya ada blog sendiri hehehe..Selalu baca blog orang lain, berangan dah lama tapi takut2 nak cuba. Almaklum diri ini tak berapa nak pandai bab2 blog dan yg seangkatan dgnnya..agak ketinggalan huhu..
Blog ni akan sentiasa di update In sya Allah, bergantung kepada masa dan oleh kerana sambil2 belajar ilmu "blogger" ni..jadi mungkin akan diperbaiki mana2 yg patut sedikit demi sedikit :)
Kenapa guna nama Kak Long? Hehe..confirm la sebab Kak Long anak no 1. Lagipun macam dah biasa kebanyakkan ahli keluarga sepupu sepapat, mak2 n pak2 sedara panggil Kak Long. Tapi di kalangan kawan2 ada yang panggil INA, LINA, LINOT (utk kwn baik aku MEZOT) dan LINO. Lino special sikit sbb dh sah2 org Johor kan suke sebut belakang "O" Cth: Muor (Muar), Beso (Besar). Ni cth yang dh biasa org dengar kn hehe. Ada lagi yang special, yang ni cuma tok sedara aku..Tok Anjang yg panggil "DAL" atau yang panjangnya "DALINA". Kurang pasti kenapa..hahaha
Kalau budak2 hostel sekolah diorang panggil UCHU dan CHE TEH. Sampai skrg pun masih ada yang panggil nama tu. Kat UM pulak yang paling istimewa ada yang panggil aku "DR YONG" sbb dioarang kata muka aku mcm sorang lecturer yang nama dia Dr. Yong Zulina kalau x silap aku. Zulina - Zalina dah dekat sangat kn hehe..
Ok..hanya sekadar sesi perkenalan..warming up org kata. Semoga blog ini memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga yang akan membacanya In sya Allah. Jumpa lagi..
luv..Kaklong
No comments:
Post a Comment